FOTON dan JAC kini guna minyak enjin Shell.
Mohamad Fahd Rahmat
fahd@hmetro.com.my


PENGEDAR rasmi kenderaan Foton dan JAC di negara ini, Mpire Auto memilih jenama Shell sebagai minyak pelincir untuk servis di semua outletnya berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mpire Auto, Lau Yit Mun berkata, pemilihan Shell Rimula adalah berdasarkan pencapaian reputasi dan prestasinya yang baik.

"Jenama Shell sudah terbukti dalam bidang pelinciran dan produknya dipercayai selain amat sesuai dengan enjin diesel termaju Foton dan JAC, lebih-lebih lagi dengan sokongan teknikal yang terbaik, "Pelanggan pada masa kini menginginkan minyak enjin yang boleh menjanjikan kebolehpercayaan dan prestasi.

Shell dapat memenuhi keperluan ini," katanya pada kenyataan.Mpire adalah pengedar bagi van Foton View C2 dan CS2 serta trak tugas berat Foton Daimler yang dilengkapi enjin Cummins.

Ia juga adalah pengedar eksklusif bagi trak ringan JAC yang menggunakan enjin Isuzu di Malaysia.


SHANKAR (kiri) dan Lau.

Dalam pada itu, Pengurus Pemasaran Shell Lubricants-Malaysia & Singapura, May Tan berkata, selaku pembekal pelincir utama dunia sejak 12 tahun lalu, Shell memahami keperluan penjimatan kos dalam persekitaran perniagaan hari ini yang sangat mencabar.

"Pelincir Shell Rimula, terutama rangkaian premium kami, dihasilkan dengan janji perlindungan dan kebersihan enjin yang unggul, selang masa penukaran minyak yang lebih lama dan ekonomi bahan api yang lebih baik.

"Pada masa sama, ia dapat bertahan dalam keadaan suhu dan muatan yang melampau dalam sekitaran pengendalian sukar, "Shell Malaysia gembira dengan pembabitan Mpire Auto dan mengharapkan supaya ia akan menjadi usaha sama yang produktif," katanya.

Majlis dihadiri Pengurus Jenama Shell Rimula Ravi Shankar.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 November 2019 @ 5:05 AM