TOICHI (enam dari kiri) bersama pemenang dan kereta dimenangi di Stadium Bukit Jalil. FOTO SALHANI IBRAHIM
Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my


HONDA Malaysia Sdn Bhd (HMSB) selaku pengedar utama kenderaan Honda di negara ini mengumumkan sembilan pemenang kereta melalui kempen ‘Road To 900,000th Unit Milestone’.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif HMSB, Toichi Ishiyama berkata, ia adalah pencapaian dibanggakan untuk pengeluaran dan jualan kereta Honda yang kini sudah mencapai 900,000 unit di negara ini sejak 2002.

“Sebagai menghargai sokongan pelanggan, kempen ini diadakan sejak Julai lalu dan menerima lebih 120,000 penyertaan dari seluruh negara,” katanya ketika acara Grand Finale di Stadium Nasional Bukit Jalil, petang ini.

Model ditawarkan sebagai hadiah ialah Honda Jazz, City, BR-V, HR-V, City Hybrid, HR-V Hybrid, Civic, CR-V dan Accord.

Selain itu, acara berlangsung selama dua hari berakhir esok turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung seperti ‘giant water slide’ dan pameran pelbagai model Honda termasuk yang bakal dilancarkan iaitu Civic 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 September 2019 @ 7:28 PM