SITI Aishah menerima Vios serba baharu. FOTO Faiz Anuar
Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my


EMPAT individu terpilih memenangi empat Toyota Vios 1.5G serba baharu sempena kempen ‘As Never Before Bonanza’ anjuran UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) yang juga pemasang dan pengedar utama kenderaan jenama Toyota di negara ini.

Pemenangnya ialah Pugalendran Chelliah dari Kulim, Kedah, Lee Yian Ling (Kajang, Selangor), Siti Aishah Mohd Said (Senawang, Negeri Sembilan) dan Hasmynor Ahmad dari Rawang, Selangor.

Pengarah Pemasaran UMWT, Mohd Shamsor Md Zain berkata, kempen As Never Before Bonanza ini dianjurkan bersempena pelancaran model Toyota Vios serba baharu yang sehingga kini terjual lebih 15,000 unit.

“Sebagai menghargai kesetiaan dan sokongan pelanggan terhadap kenderaan, produk dan servis Toyota di negara ini, pelbagai aktiviti dianjurkan seperti kempen ini yang menawarkan hadiah utama empat Toyota Vios,” katanya pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang, baru-baru ini.


PEMENANG kempen ‘As Never Before Bonanza’. FOTO Faiz Anuar

UMWT juga merancang pelbagai lagi acara yang bakal menarik minat pelanggan dan orang ramai seperti Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) musim ke-3, Kejuaraan E-Sports Velocity Toyota dan larian ‘Start Your Impossible’ pada hujung tahun.

Tambah meriah, 2019 juga adalah sambutan ulang tahun ke-50 Toyota di negara ini yang mula mengeluarkan kenderaan di kilang pemasangan di Shah Alam, Selangor melalui model Toyota Corolla KE10 pada 1968.

Melalui kempen berlangsung dari 1 Januari sehingga 30 April lalu, pelanggan yang datang memandu uji di mana-mana pusat pameran sah Toyota di seluruh negara berpeluang memenangi pelbagai hadiah ditawarkan.Individu yang membuat tempahan kenderaan baharu sehingga hujung April lalu turut berpeluang memenangi hadiah utamanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Ogos 2019 @ 5:10 AM