MILIKI corak grafik baharu.
Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my


BOON Siew Honda Sdn Bhd, pengedar, pengimport dan pemasang motosikal jenama Honda di negara ini melancarkan tiga model baharu 2019 iaitu CBR500R, CB500F dan CB500X.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Keiichi Yasuda berkata, tiga model saiz pertengahan ringan itu yang mula diperkenalkan sejak 2013 adalah pilihan yang sesuai buat mereka yang mahu menaiktaraf daripada motosikal berkuasa lebih rendah.


CIRI teknikal motosikal dipertingkatkan.

“Selain corak grafik baharu model-model itu kini dilengkapi dengan sistem brek anti-kunci (ABS), suspensi belakang baru, klac assist/slipper, lampu hadapan LED dan panel meter LCD moden,” katanya pada majlis pelancaran di Kuala Lumpur, hari ini.

Model dengan enjin 471 cc DOHC, silinder berkembar selari yang kini menjana 50 hp pada 8,500 rpm dengan tork 45Nm pada 6,500 rpm untuk kelancaran kuasa pada pelbagai kelajuan.

CBR500R ialah sportbike fairing penuh yang menawarkan rekaan agresif dengan dwi-lampu hadapan LED untuk posisi menunggang erodinamik dan selesa dengan konsep enjin seperti CBR1000RR.

CB500F di dalam segmen roadster dengan gaya ringkas namun menawarkan kepuasan tunggangan bercirikan rekaan enjin seperti CBR100RR Fireblade.

Honda CB500X ialah model penggembaraan dengan enjin dan ciri teknikal yang dipertingkatkan seperti suspensi hadapan lebih panjang dan rim hadapan 19 inci corak baharu.

Untuk pasaran Malaysia CBR500R dijual pada harga RM34,499, CB500F (RM33,999) dan CB500X (RM36,099) dengan dua tahun waranti pengeluar atau 20,000 kilometer (km) yang mana lebih dahulu.


HONDA model baharu 2019 iaitu CBR500R.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2019 @ 3:17 PM