PUSAT 2S terbaharu Toyota
Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my


SEIRING dengan pengenalan model kenderaan baharu, UMW Toyota Motor (UMWT) juga menyediakan perkhidmatan selepas jualan terbaik kepada pelanggannya.

Baru-baru ini, pusat servis dan alat ganti (2S) Toyota dibuka di Taman Petaling Utama bagi keperluan pelanggan yang tinggal di antara Petaling Jaya, Puchong dan Bandar Kinrara.

Ia dikendalikan Laser Motor Sdn Bhd yang sudah 16 tahun menjadi pengedar kenderaan Toyota dengan ruang pameran jualannya di Bangsar serta Seremban, Negeri Sembilan.


MENYEDIAKAN 14 ruang servis.

Presiden UMWT Ravindran K berkata, penyediaan lebih banyak pusat servis di lokasi strategik dibuka bagi memenuhi keperluan pemilik yang semakin bertambah untuk penyelenggaraan kereta mereka.

“Pusat 2S ini bukan sahaja menyediakan ruang selesa malah wifi percuma sementara pelanggan menunggu kenderaan mereka siap diservis,” katanya.

Pusat 2S Toyota ini memiliki 14 ruangan kerja serta 13 kru teknikal terlatih. Ia dibuka Isnin sehingga Jumaat bermula jam 8 pagi hingga jam 5.30 petang. #vroomHM.


RUANG menunggu selesa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Jun 2019 @ 7:52 AM