REBAT menarik untuk model Mitsubishi sempena Aidilfitri.
Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my

MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) menganjurkan peraduan ‘4Sure Best Raya’ bersempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Bermula awal bulan ini, peraduan berlangsung sehingga 2 Jun. Sepuluh pemenang bertuah berpeluang memandu uji mana-mana model Mitsubishi daripada pengedar yang sah.

Pemenang juga berpeluang menikmati makan malam bersama dua selebriti tanah air iaitu Izzue Islam dan Amyra Rosli pada 22 Jun namun lokasinya akan diumumkan kemudian.

Untuk penyertaan, orang ramai hanya perlu mengisi borang pandu uji dalam talian di http://mitsubishi-motors.com.my/events bagi tempahan janji temu.


REBAT menarik untuk model Mitsubishi sempena Aidilfitri.

Selain itu, MMM juga menawarkan promosi menarik dengan rebat tunai sehingga RM12,000 untuk model terpilih sehingga 30 Jun depan.

Mitsubishi Outlander 2.0 dan 2.4 liter diberi tawaran rebat sehingga RM6,000 daripada harga asal RM137,888 dan RM152,888.

Untuk model ASX 2WD dan 4WD, ditawarkan RM118,866 sehingga RM133,336 dengan rebat sehingga RM8,000 dan RM12,000.


REBAT menarik untuk model Mitsubishi sempena Aidilfitri.

Bagi Triton, yang dijual pada harga RM100,200 sehingga RM135,200 bagi varian VGT Adventure X, rebat tunai diberikan pula sehingga RM6,000.

Semua harga di atas sebelum ditolak rebat tunai dan model Mitsubishi didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan kecuali Triton sehingga 200,000 kilometer (km) yang mana lebih awal. #vroomHM

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mei 2019 @ 5:30 AM