Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my


BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan empat model motosikal baharu dalam segmen skuter urban, adventure dan touring ke dalam pasaran tempatan, hari ini.

Pelancaran BMW C 400 X, BMW C 400 GT, BMW F750 GS dan BMW R 1250 RT menambah pilihan kepada pembeli jentera premium di negara ini.

Ketua Unit BMW Motorrad Malaysia, Owen Riley berkata, rangkaian motosikal daripada jenama itu bukan sahaja terbukti dengan kualiti, katahanan dan inovasi sebagai pendahulu segmen premium pasaran global dan Malaysia.


RILEY (kiri) bersama Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BMW Malaysia, Sashi Ambi melancarkan motor BMW R 1250 RT. FOTO Rosela Ismail

“Pada 2018 kami berjaya menjual lebih 1,000 unit yang mencatatkan peningkatan jualan sebanyak tujuh peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Maka pengenalan model-model baharu akan membolehkan ia memenuhi keperluan pengguna yang menawarkan konsep moden dan penggembaraan, ” katanya ketika pelancaran di Kuala Lumpur, hari ini.

Kedua-dua model skuter Urban BMW C 400 X dan BMW C 400 GT dijual pada harga RM44,500 dan RM48,500, BMW F 750 GS RM 71,500 dan BMW R 1250 RT RM 139,500.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2019 @ 4:52 PM