JOSEPH (tengah) dan On (kiri) ketika pelancaran.
Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my


SEMPENA ulang tahun ke-25 penubuhan Givi Asia, 15 produk baharu dilancarkan untuk pasaran tempatan yang diadakan di Genting Highlands baru-baru ini.

Antara koleksi terbaharu Givi 2019 adalah Monolock B32N-Advance Bold Topcase, Monolock B270N Topcase, Monokey E23N Side Case dan G12 Fixed System Center Case.

Untuk kotak B32N, ia kini dilengkapi empat komponen tambahan iaitu sepasang rod tahan karat di atasnya, jaringan elastik (serba guna), tempat penyandar belakang serta pelapik ruang dalaman.

B270N pula kotak simpanan berkapasiti 27 liter dengan ciri aerodinamik dan sporty.

Ia dilengkapi logo Givi berwarna perak dan kemasan gentian karbon yang boleh ditutup tanpa kunci.

Kotak simpanan sisi E23 diperkenalkan berkapasiti 23 liter untuk setiap sisi. Mampu menampung beban maksimum sehingga lima kilogram serta didatangkan dengan lampu isyarat tambahan dan jalur reflektif untuk ciri keselamatan.


RANGKAIAN topi keledar.

Selain itu, G12 Fixed System Center Case turut diperkenalkan daripada inovasi produk G10 dengan kapasiti maksimum 12 liter dan reka bentuk 3D tampil berbeza.

Ia sesuai menggantikan peranan bakul terbuka di mana ia dilengkapi ciri berkunci untuk keselamatan barangan.

Selain kotak muatan, Givi turut memperkenalkan produk lain seperti rangkaian beg kalis air 15 dan tiga liter, corak grafik baharu topi keledar, baju hujan rekaan terkini dan kunci keselamatan tambahan pada motosikal.

Hadir sama ketika pelancaran ialah Pengurus Operasi Luar Negara (Givi Groups) Joseph A Perucca dan Pengarah Urusan Givi Asia, On Hai Swee.

Seramai 30 media dan Givi Star berkonvoi dengan motosikal dari ibu pejabat Givi Asia di Bukit Beruntung, Selangor ke Genting Highlands di Pahang untuk majlis itu.

Givi adalah pengeluar aksesori motosikal dari Itali yang ditubuhkan 41 tahun lalu. #vroomHM


PRODUK B270N baharu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 April 2019 @ 5:00 AM