Yamaha Y15ZR V2 generasi kedua.
Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my


SELEPAS dilancarkan pada 2015 dan mendapat sambutan yang hebat, model moped Yamaha Y15ZR V2 generasi kedua dilancarkan untuk pasaran tempatan.

Juga dikenali dengan gelaran “Y-Suku” model ini menerima pembaharuan daripada segi rekaan lampu hadapan baru LED, paparan meter LCD, tayar hadapan lebih lebar (90/80-17) serta lampu kecemasan dan ‘flash’ seperti yang terdapat pada motosikal berkuasa tinggi.

Masih mengekalkan enjin berkuasa 150cc, sejukan cecair, 4 lejang, SOHC lima kelajuan, ia juga didatangkan dengan corak grafik baharu yang lebih menarik.

Empat pilihan warna ditawarkan iaitu Biru Storm, Merah Blazing, Cyan Striking dan Kelabu Dynamic dijual pada harga RM8,168 (atas jalan tanpa insurans) dengan setahun jaminan pengeluar atau 10,000 kilometer (km) yang mana lebih dahulu.

Setiap pembelian juga disertakan dengan Kunci Brek Cakera Yamaha bernilai RM100 secara percuma dan Y15ZR terbaru ini akan berada di pasaran bermula minggu hadapan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 April 2019 @ 11:43 AM