MODEL paling baharu, Q8.
Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my

SELEPAS tempoh waktu menyepi berlalu, Audi Malaysia sebagai wakil pengedar kenderaan jenama Audi di negara ini melancarkan barisan kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu daripada siri Q melalui sesi pandu uji media yang diadakan baru-baru ini.

Empat model ditawarkan iaitu Audi Q2 1.4 TSI, Audi Q5 2.0 TFSI, Audi Q7 3.0 TFSI quattro dan Audi Q8 3.0 TFSI quattro yang hadir dengan rekaan lebih segar serta ciri teknologi terkini.

Audi Q2 dilengkapi enjin 1.4 TFSI dengan ciri nyahaktif silinder COD (cylinder on demand) yang akan menyahaktifkan silinder kedua dan ketiga pada beban sehingga 100 Nm dan ketika bergerak dalam kelajuan enjin antara 1,400 hingga 3,200 rpm untuk penggunaan tenaga dan bahan api lebih baik.


SUV tujuh tempat duduk Q7.

SUV kompak ini sesuai sebagai kenderaan urban yang dibangunkan untuk kegunaan harian serta aktiviti rekreasi pada hujung minggu.

Ia menawarkan transmisi klac berkembar S tronic tujuh kelajuan dijual pada harga RM219,900.

Untuk model Q5 serba baharu sebagai penanda aras bagi SUV premium, ia menampilkan keseimbangan antara gaya sporty dan progresif serta hadir dengan sistem pacuan quattro ciri baharu berteknologi ultra juga enjin TFSI.

Ia dilengkapi sistem maklumat dan hiburan, juga teknologi bantu pemandu dipacu oleh tiga ciri terbaharu iaitu Virtual Cockpit Audi yang memaparkan grafik menarik pada skrin 12.3 inci dua paparan serta pilihan unit ‘headup display’ (HUD) untuk info penting pada cermin hadapan yang mudah dilihat.

Ia dilengkapi enjin 2.0 TFSI dengan kuasa 252 hp. Kelebihan sistem ini ialah, ia akan membatalkan sambungan ke gandar belakang sekiranya ia

tidak diperlukan dan hanya akan menghubungkannya semula apabila keadaan memerlukan. Untuk Audi Q5, model ini dijual para harga RM339,900.


AUDI Q2.

Model Audi Q7 kini didatangkan dengan enjin baru 3.0 liter

serta ruang dalaman paling luas dalam segmen.

Berat keseluruhannya 325 kilogram (kg) lebih ringan berbanding model sebelumnya dan ini membolehkan ia memberi penjimatan bahan api

lebih efisien.

SUV dengan tujuh tempat duduk itu menawarkan keselesaan dalam kemewahan dengan kotak gear transmisi lapan kelajuan tiptronic pacuan semua roda yang dipertingkat. Q7 baru ini dijual pada harga RM599,900.

Untuk Audi Q8 yang dilancarkan tahun lalu, ia adalah model SUV paling premium jenama ini menawarkan ruang dalaman selesa, sistem bantuan pintar dan enjin 3.0 TFSI dengan sistem ‘mild’ hibrid menjana kuasa sehingga 340 hp.


AUDI Q5 serba baharu.

Rekaan luaran tampil sporty dengan gril radiator yang dominan, lampu utama LED Matrix HD ditawarkan sebagai ciri standard dengan kedua-dua lampu nyalaan siang (DRL) dan lampu belakang rekaan tiga dimensi memiliki karakter digital.

Sistem pacuan semua roda quattro dan jarak kelegaan tanah 254 milimeter (mm) menjadikan SUV coupe ini mampu melalui permukaan jalan yang lasak dan mencabar. Ia dijual pada harga RM727,900.


RUANG dalaman Q8.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mac 2019 @ 12:30 PM