Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my


JENAMA kenderaan Peugeot dari Perancis menerima dua anugerah di Festival Automobil Antarabangsa yang diadakan di Paris, baru-baru ini.

Model Peugeot 508 baharu memenangi anugerah Grand Prix untuk Kereta Paling Cantik 2018 dan Peugeot e-Legend Concept sebagai Kereta Konsep Tercantik 2018.

Model Peugeot 508 mendapat lebih 34 peratus pencalonan adalah model salon segmen-D yang menerima tempahan lebih 10,000 unit di Eropah sejak dilancarkan pada Oktober 2018.

Untuk Peugeot e-Legend Concept adalah model konsep terbaik dinilai juri dan pakar daripada sektor automotif, seni bina, fesyen dan reka bentuk dipilih kerana merangkumi visi masa hadapan sebagai kenderaan 100 peratus autonomi, elektrik dan ketersambungan aplikasi.

Setiap tahun Festival Automobil Antarabangsa memberi penghargaan kepada rekaan kenderaan yang paling menarik yang dipengerusikan Arkitek Jean-Michel Wilmotte dan pereka fesyen Chantal Thomass.

Anugerah diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif Jenama Peugeot Jean-Philippe Imparato dan Pengarah Rekaan Peugeot, Gilles Vidal.

Untuk pasaran Malaysia, Nasim Sdn Bhd adalah pengedar rasmi kenderaan jenama Peugeot. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web: www.peugeot.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Februari 2019 @ 5:22 PM