WARNA baharu lebih ranggi.
Lizam Ridzuan
lizamridzuan@nstp.com.my

Tampil lebih menarik, Benelli RFS 150iLE kini hadir dengan grafik baharu edisi terhad dan hanya dikeluarkan 5,000 unit untuk pasaran tempatan.

Grafik motosikal diinspirasikan daripada bendera Itali antara pembaharuan diberikan selain dilengkapi tuil brek dan klac boleh laras baharu.

Tidak cukup dengan itu, jentera ini dilengkapi suspensi monoshock jenama Kayaba serta nombor siri khas edisi terhad pada motosikal.

Model edisi terhad ini juga didatangkan dengan pemijak kaki berwarna perak, besi pemegang belakang merah dan garisan putih pada rim untuk gaya sporty.

Antara ciri eksklusif kepada pemiliknya, pembeli Benelli RFS150iLE akan diberi sijil khas ditandatangani Ketua Pengarah Teknikal Benelli Itali, Marco Bellucci.


TAMPIL menarik.

Harga jualan asas Benelli RFS 150iLE ialah RM7,488 tanpa insurans dengan waranti pengeluar selama dua tahun atau 20,000 kilometer, yang mana lebih dahulu.

Benelli RFS150i dikuasakan enjin 149.8cc silinder tunggal sejukan cecair SOHC dengan padanan transmisi enam kelajuan menawarkan 15.5 kuasa kuda (hp) pada 8,500rpm.

Jentera ini juga dilengkapi paparan meter digital dan analog serta suspensi hadapan USD dan lampu hadapan LED.

Empat pilihan warna ditawarkan iaitu Edisi Istimewa (SE) kelabu kusam, kuning, merah dan biru.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 November 2018 @ 12:30 AM