FOTO Lizam Ridzuan
Lizam Ridzuan
lizamridzuan@nstp.com.my

MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) sebagai pengedar utama kenderaan jenama Mercedes-Benz di negara ini melancarkan model generasi keempat A-Class, hari ini.

Mengekalkan konsep dinamik dan berjiwa muda kenderaan kompak itu dilengkapi ciri ketersambungan termaju serba baharu Mercedes-Benz User Experience (MBUX) yang membolehkan kenderaan dan pemandu kekal berhubung.

Kokpit A-Class kini dengan paparan media resolusi tinggi kawalan skrin sesentuh, kluster peralatan digital, kawalan suara pintar dan konsol tengah dengan pad sentuh.

Rekaan luaran menerima peningkatan pada bahagian hadapan dan lorong udara dengan elemen 'hidung jerung' tampil gaya kontemporari.

Majlis pelancaran disempurnakan Naib Presiden Jualan dan Pemasaran MBM, Mark Raine.

Mercedes-Benz A-Class ditawarkan dalam dua varian iaitu A200 Progressive Line dengan enjin 1.3 liter pengecas turbo dan A 250 AMG Line 2.0 liter pengecas turbo masing-masing dijual pada harga RM227,888 dan RM263,888 (semua harga tanpa insurans).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Oktober 2018 @ 8:49 PM