AFP

LELAKI didakwa melakukan keganasan kerana menumbuk dan menghentam wanita hamil di Sydney, yang digambarkan sebagai ‘Islamophobia’ oleh persatuan Islam terkemuka di Australia.

Rakaman kamera keselamatan yang mengejutkan itu menunjukkan seorang lelaki menghampiri meja diduduki tiga wanita bertudung di kafe di barat Sydney, kelmarin.

Tanpa provokasi, suspek berusia 43 tahun itu dilihat menerpa ke meja berkenaan dan menyerang seorang wanita hamil yang menurut polis kandungannya kini 38 minggu.

Selepas ditumbuk beberapa kali, wanita berusia 31 tahun itu jatuh dan melutut di atas tanah manakala pelanggan lain menahan penyerang berkenaan.

Polis berkata, suspek didakwa melakukan serangan fizikal dan pergaduhan di tempat awam malah dia tidak dibenarkan diikat jamin.

Menurut Persekutuan Majlis Islam Australia (AFIC), lelaki terbabit turut menjeritkan unsur penghinaan, anti Islam terhadap mangsa dan rakannya.

Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan dan dibenarkan keluar, kata polis, hari ini,

Hasil penyelidikan mendapati, daripada 113 mangsa wanita di negara itu yang dilaporkan berasa terancam atau diganggu secara fizikal, 96 peratus memakai tudung.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 November 2019 @ 5:28 PM
RAKAMAN CCTV menunjukkan lelaki menghampiri tiga wanita bertudung sebelum menumbuk mangsa. FOTO YouTube Nine News Australia