Calon BN, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng. FOTO Hairul Anuar Rahim
Shamran Sarahan
am@hmetro.com.my


CALON Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng secara tidak rasmi berjaya merampas kerusi Parlimen Tanjung Piai selepas memperoleh majoriti hampir 12,000 pada Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen itu, hari ini, setakat 8 malam.

Jeck Seng mengumpul 22,508 undi, jauh meninggalkan calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini yang memperoleh 9,024 undi (setakat 8 malam).

BN kini di landasan tepat untuk merampas kerusi parlimen itu memandangkan peratusan pengundi 75 peratus hari ini menyaksikan 39,739 pengundi turun mengundi daripada keseluruhan 52,471 pengundi berdaftar.

Parlimen Tanjung Piai sebelum ini dikuasai PH dengan majoriti tipis pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Jeck Seng yang ketika itu memperoleh 20,731 undi, tewas kepada calon PH, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang mendapat 21,255 undi, manakala calon PAS, Nordin Othman dalam pertandingan tiga penjuru itu, memperoleh 2,962 undi.

  • Lagi berita berkaitan PRK Tanjung Piai
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 November 2019 @ 8:12 PM