LOKASI penemuan rangka manusia di berhampiran Perkampungan Portugis, Melaka. FOTO Rasul Azli Samad
Rizanizam Abdul Hamid
mrizanizam@nstp.com


RANGKA manusia dipercayai lelaki warga emas ditemui di kawasan belukar berhampiran Perkampungan Portugis di Melaka, hari ini.

Penemuan rangka itu jam 3.30 petang tadi dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan lelaki Portugis berusia 85 tahun sejak 3 November lalu.

Setakat 5.10 minit petang, unit forensik polis sedang membuat pemeriksaan lanjut.

Turut di lokasi, beberapa anggota bomba yang membantu dalam usaha mencari mangsa sejak 11 pagi tadi.

Orang ramai turut berada sekitar lokasi penemuan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penemuan terbabit yang tular di media sosial.

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 November 2019 @ 5:28 PM