Keadaan banjir kilat di Jalan Duta dan Jalan Parlimen-Lebuhraya Sultan Iskandar. Foto Ihsan DBKL
Hidayatul Akmal Ahmad
hidayatulakmal@hmetro.com.my


HUJAN lebat berterusan sejak 6 petang hari ini menyebabkan beberapa jalan utama di sekitar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat dan ada kenderaan dilapor terperangkap.

Beberapa jalan termasuk Jalan Duta, Jalan Tuanku Abdul Halim di kedua-dua arah serta Lebuhraya Sultan Iskandar berhampiran susur ke Parlimen dinaiki air.

Menurut paparan di Twitter Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tiga kenderaan terperangkap dalam banjir kilat di Jalan Tuanku Abdul Halim, manakala kedua-dua lorong di Terowong Duta terpaksa ditutup.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkifly Yahya ketika dihubungi berkata, anggotanya sudah ditempatkan di lokasi banjir bagi mengawal keadaan lalu lintas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Oktober 2019 @ 10:09 PM