FOTO hiasan
Irwan Shafrizan Ismail
am@hmetro.com.my


HARGA runcit petrol RON97 turun 19 sen kepada RM2.60 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter mulai tengah malam ini.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan hari ini, berkata harga runcit produk petroleum itu bagi tempoh 5 hingga 11 Oktober ini.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh sama sepatutnya masing-masing adalah RM2.30 seliter dan RM2.34 seliter

“Ini menunjukkan penurunan dari minggu lalu bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.49 seliter dan diesel pada paras RM2.39 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras keputusan kerajaan menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” katanya.

Tambah kenyataan itu, pengekalan harga runcit RON95 dan diesel, anggaran subsidi perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 5 hingga 11 Oktober adalah berjumlah RM101.52 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Oktober 2019 @ 5:24 PM