GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my


SEBANYAK 204 kawasan membabitkan 372,031 akaun pelanggan berdaftar di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual selepas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya akibat berlaku pencemaran bau di sumber air mentah Sungai Semenyih, hari ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, insiden pencemaran ini kali keempat bagi tahun ini membabitkan loji utama terpaksa dihenti tugas dan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual berskala besar membabitkan kawasan yang luas.

“Pihak kami telah beberapa kali membawa isu pencemaran air mentah ini untuk perhatian pihak berkuasa dan kebimbangan kami sekiranya isu pencemaran air mentah ini tidak dibendung akan membabitkan gangguan bekalan air kepada pengguna.

“Unit Pasukan Pemantau Sungai Air Selangor (PASKAL) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya mengesan pencemaran yang berpunca dari Loji Rawatan Kumbahan di Bandar Mahkota dan meminta pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan segera menghentikan pencemaran ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengguna boleh rujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor atau laman sesawang www.airselangor.com untuk maklumat yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

“Tempoh masa pengoperasian semula loji dan pemulihan bekalan tidak dapat ditentukan buat masa ini serta bergantung kepada tahap pencemaran.

“Pihak kami akan mengeluarkan hebahan dan makluman serta status terkini dari semasa ke semasa dan mengambil segala tindakan perlu bagi mengurangkan impak gangguan kepada pelanggan,” katanya.

Kawasan yang terjejas

PETALING

Apartment Bayu

Apartment Megaria

ASTRO

Bandar Bukit Puchong

Bandar Pinggiran Putra

Bandar Puchong Jaya

Bandar Puchong Utama

Bandar Puteri Puchong

Bandar Putra Permai

Bukit Serdang, Desa Desaminium

Hospital Serdang

Hotel Nouvelle

Institut Pertanian Serdang

Kampung Batu 14

Kampung Bersatu Puchong

Kampung Kenangan Puchong

Kampung Kuala Sungai Baru

Kampung Sri Aman

Kampung Sri Langkas

Kampung Tengah

Kondo Desa Millenia

KTM Serdang

Laman Grandview

Lestari Perdana

Mardi

National Hydraulic Research Institute of Malaysia (NAHRIM)

Pasar Borong Selangor

Perdagangan Seri Kembangan

Perindustrian Bukit Puchong

Perindustrian Bukit Serdang

Puchong Gateway

Puchong Utama

Pusat Bandar Puchong

Serdang Jaya

Serdang Lama

Serdang Perdana

Serdang Raya

Seri Kembangan

Shell & Petron Seri Kembangan

Taman Bukit Ikhlas

Taman Dato Demang

Taman Jinma

Taman Kembangsari

Taman Lestari Putra

Taman Muhibbah

Taman Mutiara Indah

Taman Mutiara Puchong

Taman Perindustrian Puchong

Taman Perindustrian Putra Permai

Taman Perindustrian Subang

Taman Puchong Hartamas

Taman Puchong Intan

Taman Puchong Prima

Taman Puchong Tekali

Taman Puncak Jalil

Taman Saujana Puchong

Taman Sri Andalas

Taman Sri Puchong

Taman Sri Serdang

Taman Wawasan Puchong

TamanUniversiti Indah

UPM

UPM Infoport

USJ 1 hingga USJ 15

USJ 16 hingga USJ 27

Veterinar UPM

Wisma Hua Zhong

SEPANG

Abadi Height

Alam Putra

Alpinia (Apartment & Rumah Kedai)

Bandar Bukit Puchong (10 - 14)

BHP & Petronas Lebuhraya Besraya Wisma Standard Chartered Technology Park

Cempaka & Angsana

D Island

Depo Shell

Desa Pinggiran

Desa Salak Damai

IKTBN Sepang

IOI (Mall, Resort, Marriot)

IPD Sepang

IPI Ayamas

Jenderam Hilir (Jalan Dengkil-Bangi)

Jenderam Hulu

Kampung Baharu Lanjut

Kampung Labu Lanjut

Kampung Orang Asli Kelinsing

Kediaman Nilai Kaseh

Keseluruhan Cyberjaya

Keseluruhan Kampung Pulau Meranti & Sungai Rasau

Keseluruhan Taman Putra Perdana

Kilang WRP Asia Pacific

Kosmopleks

Lestari Permai

Limau Manis

LKIM Pulau Meranti

MAEPS

Mahkamah Sepang

Mahkamah Syariah

Masjid Sultan Hishamuddin Bandar Baru Salak Tinggi

Medan 120

Nilam Teres

Nusa Putra

Pejabat Agama

Pejabat Daerah Tanah Sepang

Pejabat JKR Sepang

Perindustrian Puchong I-HUB

Prima Tropika

Pusat Kejuruteraan Bomba Salak Tinggi

Pusat Pertanian Labu Lanjut

Putrajaya

RKT Labu Lanjut

Rumah Orang Kaya Sepang

Science Park 2 (Pinggiran Cyber VEGA QCELL)

Sekolah Menengah Agama Bandar Baru Salak Tinggi

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sepang

Sekolah Rendah Agama Bandar Baru Salak Tinggi

Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi

Sierra 16

SIRIM

Stesen ERL Salak Tinggi

Suria Tropika

Taman Aman Putra

Taman Anggerik

Taman Baiduri Indah

Taman Bunga Raya

Taman Cempaka

Taman Dahlia

Taman Dataran Abadi

Taman Desa Baiduri Aman

Taman Desa Baiduri Harmoni

Taman Desa Baiduri Murni

Taman Desa Bestari

Taman Desa Cenderawasih

Taman Desa Mutiara Salak

Taman Desa Restu

Taman Desa Salak Baiduri

Taman Desa Salak Harmoni

Taman Desa Salak Indah

Taman Desa Salak Jaya

Taman Desa Salak Mentari

Taman Desa Salak Mulia

Taman Desa Salak Murni

Taman Desa Salak Pekerti

Taman Desa Salak Permai

Taman Desa Salak Villa

Taman Desa Sinar Salak

Taman Desa Sri Setia

Taman Desa Villa Murni

Taman Desa Vista

Taman Idaman Murni

Taman Indah KLIA

Taman Indah Putera

Taman Indah Puteri

Taman Intan Baiduri

Taman Ixora

Taman Kenanga

Taman Kipark

Taman Kota Perdana

Taman Mas

Taman Mawar (Mawar 1, Mawar 2 Mawar Perdana Emas Villa)

Taman Meranti Jaya

Taman Putra Impiana

Taman Putra Prima

Taman Salak Idaman

Taman Salak Perdana

Taman Salak Permata

Taman Selasih

Taman Seroja

Tasik Puchong

Tiara Heights

KUALA LANGAT

Bandar Rimbayu

Bandar Saujana Putra

Banting

Kanchong Darat

Pulau Carey

Seri Cheeding

Sungai Kelambu & Kanchong Tengah

Sungai Lang

Telok Panglima Garang

HULU LANGAT

Bandar Baru Bangi

Bandar Bukit Mahkota

Bandar Sri Putra

Bangi Avenue

Bangi Lama

Beranang & Desa Serdang / Gita Bayu / Mines

Kajang

Semenyih

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 September 2019 @ 8:52 PM