SUSPEK yang cedera dihantar ke HKL untuk rawatan.
Mohd Azam Shah Yaakob
mohdazam@hmetro.com.my


SEORANG suspek dikehendaki polis cedera ditembak di sebuah kondominium di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail yang mengesahkan perkara itu berkata, kejadian berlaku ketika sepasukan polis mahu memeriksa seorang lelaki dipercayai suspek dikehendaki.

“Sedang memeriksa, tiba-tiba suspek mengeluarkan pistol dan menembak ke arah polis.

“Ekoran itu, polis membalas tembakan mengakibatkan suspek cedera,” katanya.

Katanya, suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Ogos 2019 @ 11:43 PM