KERETA berkenaan. FOTO Ihsan Bomba
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
azimfitri@hmetro.com.my


TIGA rentung dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan berhampiran stesen minyak dekat Pekan Mengkuang, di Bera, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, identiti semua mangsa masih belum dikenal pasti.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, kemalangan membabitkan dua lori dan satu kereta itu menyebabkan tiga mangsa yang berada di dalam kereta maut selepas kenderaan mereka terbakar.

“Kemalangan itu menyebabkan kenderaan dinaiki tiga mangsa terbakar. Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Triang bertindak memadamkan kebakaran kereta dengan menggunakan buih.

“Semua mangsa dikeluarkan dengan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, siasatan kemalangan kini diserahkan kepada polis.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Ogos 2019 @ 10:20 AM