Nasib Hafizh jadi tanda tanya.
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah sah tidak akan beraksi lagi bersama pasukannya, Red Bull KTM Tech 3 pada Kejohanan Grand Prix Motosikal Dunia musim depan.

Ia selepas Red Bull KTM Tech 3 dalam satu kenyataan secara rasmi mengumumkan juara dunia 2016, Brad Binder dari Afrika Selatan akan menyertai pasukan itu pada musim depan.

Binder yang kini beraksi dalam saingan Moto2 bersama Red Bull KTM Ajo, akan bergandingan dengan rakan sepasukan Hafizh ketika ini, Miguel Oliveira.


Binder (kiri sekali) bersama pegawai KTM Tech 3. FOTO Ihsan Red Bull KTM Tech 3.

"Satu perasaan yang sukar untuk digambarkan kerana impian saya menjadi kenyataan.

"Apabila anda membesar inilah yang anda sasarkan iaitu beraksi di MotoGP bersaing bersama barisan pelumba terbaik dunia," kata Binder.

Keputusan pasukan itu mendapatkan Binder sekaligus mencetuskan persoalan berhubung masa depan Hafizh. Selepas sembilan pusingan, Hafizh kini baru mengumpul tiga mata.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Julai 2019 @ 11:19 AM