KYLIE Jenner.
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my


BINTANG realiti TV, Kylie Jenner tak perlu menunggu sehingga ulang tahun kelahirannya untuk membeli hadiah buat diri sendiri.

Kylie yang juga ahli perniagaan menerusi Instagram memuat naik gambar di Instagram Story menunjukkan kereta mewah terbaharunya, Rolls-Royce Phantom berwarna perak.

“My new baby home safe,” tulisnya.

Di Instagramnya juga, Kylie berkongsi video yang menunjukkan anaknya, Stormi Webster sedang menggapai bahagian dalam bumbung kereta itu.

Selain itu, dia yang juga pernah dinobatkan hartawan paling muda di dunia itu berkongsi beberapa bahagian dalaman lain kereta baharunya itu.

Berdasarkan laman web Rolls-Royce, kereta milik Kylie yang digelar ‘The Holy Grail of Handcrafted Luxury’ mencecah harga RM1.8 juta.

Harga itu juga lebih tinggi berbanding Rolls-Royce Ghost yang diterimanya pada Oktober 2015 daripada bekas kekasihnya sempena ulang tahun kelahirannya.

PAPARAN Instagram Story Kylie menunjuk kereta mewah terbaharunya, Rolls-Royce Phantom.

Tahun lalu, Kylie juga menerima sebuah lagi kereta daripada model berprestij itu daripada kekasihnya, Travis Scott.

Sehingga kini, Kylie memiliki sejumlah koleksi kereta mewah seperti Rolls-Roce, Lamborghini Aventador, Ferrari, Range Rover Autobiography, Mercedes-Benz, Bentley dan Land Rover.

Anaknya, Stormi yang berusia 17 bulan turut menerima kereta mewah mini Lamborghini yang direka khas untuknya pada Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Julai 2019 @ 4:30 AM