YEON So suka merendah diri
Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my


PERJALANAN karier pelakon jelita Korea Selatan ini sudah jauh dan namanya terpahat kukuh dalam industri hiburan di negara itu. Malah, di seluruh dunia ramai menyanjung bakat lakonannya. Oh Yeon Seo, 31, tidak dinafikan menjadi antara pelakon yang tidak perlu diragui reputasinya. Tidak mungkin syarikat produksi besar mahu melepaskan pelakon ini untuk menghidupkan karya mereka jika wataknya tepat.

Turut melakar nama menerusi drama fantasi A Korean Odessey dan bergandingan dengan pelakon serba boleh, Lee Seungi Gi, dia bagaimanapun mengakui dirinya masih tidak sempurna. Malah, dia turut melakukan kesilapan sewaktu penggambaran drama itu.

“Dalam drama itu, saya menjayakan watak jin yang dirasuk syaitan dinamakan Ah Sa-nyeo. Ia antara lakonan saya yang paling diingati dalam drama berkenaan.

“Bagaimanapun, babak asmara dengan Sun, lakonan Lee Seung Gi tidaklah romantik sebagaimana yang disangkakan ramai. Sewaktu babak itu dibuat, kami disaksikan ramai kru produksi di belakang kamera,” katanya.

Bergandingan dengan pelakon hebat itu pastinya satu tugas berat, apatah lagi masing-masing sentiasa memberikan lakonan bermutu. Mereka juga adalah tunjang utama sama ada drama itu mampu popular ataupun tidak.

Sepanjang penggambaran, Yeon Seo berkata, dia pernah ada rasa bersalah kepada Seung Gi disebabkan kekurangan dirinya terutama babak asmara itu yang masih diingati sampai sekarang.

Perjalanan karier pelakon jelita Korea Selatan ini sudah jauh dan namanya terpahat kukuh dalam industri hiburan di negara itu. Malah, di seluruh dunia ramai menyanjung bakat lakonannya.

TIDAK suka berbicara mengenai kejelitaannya.

Oh Yeon Seo, 31, tidak dinafikan menjadi antara pelakon yang tidak perlu diragui reputasinya. Tidak mungkin syarikat produksi besar mahu melepaskan pelakon ini untuk menghidupkan karya mereka jika wataknya tepat.

Turut melakar nama menerusi drama fantasi A Korean Odessey dan bergandingan dengan pelakon serba boleh, Lee Seungi Gi, dia bagaimanapun mengakui dirinya masih tidak sempurna. Malah, dia turut melakukan kesilapan sewaktu penggambaran drama itu.

“Dalam drama itu, saya menjayakan watak jin yang dirasuk syaitan dinamakan Ah Sa-nyeo. Ia antara lakonan saya yang paling diingati dalam drama berkenaan.

“Bagaimanapun, babak asmara dengan Sun, lakonan Lee Seung Gi tidaklah romantik sebagaimana yang disangkakan ramai. Sewaktu babak itu dibuat, kami disaksikan ramai kru produksi di belakang kamera,” katanya.

Bergandingan dengan pelakon hebat itu pastinya satu tugas berat, apatah lagi masing-masing sentiasa memberikan lakonan bermutu. Mereka juga adalah tunjang utama sama ada drama itu mampu popular ataupun tidak.

Sepanjang penggambaran, Yeon Seo berkata, dia pernah ada rasa bersalah kepada Seung Gi disebabkan kekurangan dirinya terutama babak asmara itu yang masih diingati sampai sekarang. “Saya rasa bersalah kepada pasangan saya tanpa mahu menjelaskan sama ada kesilapan itu berpunca daripada kecuaian saya atau kurang penghayatan. Penggambaran untuk babak itu terpaksa diulang beberapa kali.

“Saya tidak tahu jika Seung Gi ada mengeluh mengenai hal itu. Bagaimanapun, saya menyedari babak asmara itu sebaliknya mencetuskan satu hubungan emosi yang luar biasa,” katanya.

Bercerita mengenai kehidupan peribadinya sebelum bergelar selebriti, Yeon Seo sebenarnya tidak pernah menyangka akan terbabit dalam dunia hiburan. Malah, dia ketika itu ragu-ragu bagaimana perjalanan hidupnya selepas itu.

Berasal dari sebuah pekan lama sebelum berpindah ke bandar raya Seoul, dia mengakui perjalanannya penuh ranjau sebelum ini.

Keadaannya semakin ketara apabila dia berpindah ke kota metropolitan seperti Seoul yang cukup berbeza dari tempat asalnya.

YEON Seo ketika hadir di Kuala Lumpur, kelmarin.

“Saya menghadapi masa yang sangat sukar untuk membiasakan hidup di kota. Saya sentiasa berasa tidak selamat dan tidak yakin dengan diri sendiri. Akhirnya, saya terpaksa melakukan macam-macam perkara disebabkan mahu mencuba pelbagai jenis bidang ketika itu,” katanya.

Dipuji sebagai antara pelakon wanita Korea Selatan yang memiliki kecantikan semula jadi, Yeon Seo memilih untuk tidak hanyut dengan pujian sebegitu.

Hakikatnya, dia bagaikan lebih senang mengelak untuk berbicara mengenai kejelitaan rupa parasnya. Begitu juga apabila ditanya lebih mendalam mengenai kehidupan peribadinya. Pasti sesiapa yang bertanya akan terus melupakan niat memandangkan jawapan diterima sangat selamat.

Contohnya apabila ditanya mengenai kesusahan hidup paling meninggalkan kesan dalam hatinya, Yeon Seo cuma mampu tertawa.

“Mungkin sewaktu berada di sekolah menengah,” ringkas saja jawapannya tanpa menjelaskan secara terperinci apa yang berlaku.

Dalam pada itu, dia yang pernah bercinta dengan pelakon Kim Bum namun berpisah Februari lalu turut berkongsi kriteria jejaka idamannya. Apa yang pasti, dia tidak seperti gadis lain yang idamkan lelaki dengan kriteria klise.

“Saya memang tidak suka lelaki macho. Cukuplah lelaki itu seorang yang baik hati dan sentiasa memberi perhatian kepada apa juga keperluan saya,” katanya.

Yeon Seo bertandang ke Kuala Lumpur, kelmarin untuk membuat kemunculan di sebuah pelancaran butik berjenama mewah. Lebih 300 peminat berkumpul untuk melihat pelakon itu dengan lebih dekat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2019 @ 6:01 AM