BARISAN peguam Haziq berada di Hospital Kuala Lumpur, hari ini bersama Haziq yang menjalani pemeriksaan. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my


HAZIQ Abdullah Abdul Aziz, individu yang mengaku sebagai lelaki dalam satu video lucah dikaitkan dengan seorang menteri kini sedang menjalankan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Difahamkan Haziq tiba pada 8.30 pagi bersama pasukan peguam di Jabatan Kecemasan hospital terbabit.

Peguamnya, Ramesh Sivakumar berkata, setakat pagi ini status anak guamnya itu masih belum diketahui.

“Dia sekarang berada di Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pemeriksaan.

“Status ditahan reman atau dibebaskan dengan jaminan masih belum diketahui,” katanya.

Semalam, Haziq dilaporkan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. (KLIA).

Haziq ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, semasa berada di terminal pelepasan antarabangsa untuk berlepas ke Manila, Filipina.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata dia ditahan bagi membantu siasatan mengikut empat peruntukan seksyen.

Haziq menjadi tumpuan selepas mendakwa dirinya adalah salah seorang individu dalam klip video yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sebelum ini Haziq sudah digantung tugas sebagai setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Md Akin.

Berita berkaitan:

  • Ditahan sebelum berlepas ke Manila
  • Haziq ditahan di KLIA
  • Muhammad Hilman pula buat laporan polis
  • Dalang penyebaran video lucah dicari
  • SKMM sedia bantu siasatan - Gobind
  • Hindari sebarang bentuk fitnah- Mufti WP
  • Hilman nafi tuduhan Haziq
  • Haziq dakwa diugut setiausaha politik Mohamed Azmin
  • Haziq Abdullah digantung tugas serta-merta
  • Polis buka kertas siasatan
  • Saya kenal dari jauh - Mohamed Azmin
  • Setiausaha Politik Mohamed Azmin buat laporan polis
  • 'Saya tak rasa ia benar'
  • Azmin nafi terbabit video lucah
  • 'Saya tak tau apa pun...'
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2019 @ 11:38 AM