Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my


TIGA sekeluarga maut selepas terperangkap dalam kebakaran di rumah teres tiga tingkat di Jalan PJS 6/2, Kampung Lindungan, Petaling Jaya, hari ini.

Dalam kejadian 2.47 pagi itu, rumah didiami mereka terbakar di tingkat bawah menyebabkan mangsa terperangkap.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.47 pagi.

Susulan itu, katanya, 20 anggota menaiki tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya serta BBP Subang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi pada 2.59 pagi, pasukan penyelamatat mendapati tingkat satu rumah itu terbakar 100 peratus.

“Hasil siasatan menujukkan rumah teres dua tingkat itu diubah suai menjadi tiga tingkat,” katanya.

Norizham berkata, mangsa yang terperangkap di tingkat atas itu disahkan maut di hospital dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini butiran lanjut mengenai mangsa masih dalam siasatan.

“Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat sebelum dtuntut ahli keluarga,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Jun 2019 @ 7:54 AM
ANGGOTA bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang terperangkap dalam rumah terbakar di Kampung Lindungan. FOTO Ihsan Bomba.