REYES (tengah) maut dalam kemalangan jalan raya. -Foto Reuters
Reuters

PEMAIN bola sepak Sepanyol Jose Antonio Reyes,35, maut dalam nahas jalan raya, umum bekas kelabnya Sevilla hari ini.

“Kami terpaksa mengumumkan berita buruk ini. Bekas pemain remaja kami Antonio Reyes maut dalam nahas jalan raya. Bersemadilah dengan tenang,” menurut satu kenyataan di laman Twitter rasmi Sevilla.

Reyes kali terakhir beraksi dengan pasukan divisyen kedua Sepanyol Extremadura.

Dia juga pernah menyarung jersi Arsenal, Real Madrid dan Atletico Madrid selain mewakili Sepanyol.

Reyes membuat penampilan sulung profesional bersama Sevilla pada usia 16 tahun, berpindah ke Arsenal pada Januari 2004 dengan bayaran 17 juta pound (RM89.9 juta) dan menjadi sebahagian daripada skuad ‘Invicibles’ yang menjulang Liga Perdana Inggeris tanpa tewas sebarang perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Jun 2019 @ 8:39 PM