(DARI KIRI) Wallace, Brubaker dan Measnikoff ditahan kerana mengadakan seks dengan 12 haiwan di daerah Clearfield. -Foto Agensi
Agensi

TIGA lelaki dipenjara antara 20 tahun sehingga 41 tahun kerana mengadakan seks dengan kuda, kambing, lembu dan anjing sejak lima tahun lalu.

Matthew Brubaker, 31, Terry Wallace, 41, dan Marc Measnikoff, 34, dipenjara antara 20 hingga 41 tahun kerana mengadakan seks dengan 12 haiwan di daerah Clearfield, Pennsylvania, lapor WJAC.

Seorang remaja lelaki yang tinggal di ladang mereka di Munson turut dilaporkan dipaksa membantu mereka memegang haiwan berkenaan ketika tertuduh mengadakan seks dengan binatang terbabit.

The Metro memetik pejabat Peguam Daerah Clearfield berkata, tiga tertuduh memiliki ladang itu bersama malah membina tempat khas untuk memudahkan seks dengan haiwan.

Perbuatan mereka terbongkar selepas remaja terbabit melaporkan penderaan haiwan berkenaan kepada pihak berkuasa, lapor WTAJ.

Pemeriksaan di premis itu menemui video rakaman perbuatan terkutuk berkenaan.

Ketika disoal siasat polis, Brubaker mengaku mengadakan seks dengan semua kuda betina di ladang itu, selain seekor kambing serta anjingnya sekurang-kurangnya sekali sehari sejak empat atau lima tahun lalu.

Sementara itu, Measnikoff mengaku mengadakan seks dengan kuda di ladang berkenaan beberapa kali seminggu.

Semua tertuduh mengaku salah atas pelbagai tuduhan termasuk 730 kesalahan seks dengan haiwan dan 730 tuduhan kekejaman terhadap haiwan.

Semuanya meminta maaf atas perbuatan mereka. Hakim turut bertanya sama ada mereka merancang menjual rakaman perbuatan itu, lapor Gant Daily.

Peguam Chris Pentz ketika merayu hukuman ringan untuk anak guamnya berhujah, tertuduh tiada rekod jenayah dan walaupun menjijikkan, kesalahan dilakukan tidak membabitkan manusia.

Hakim Paul Cherry dalam keputusannya menyifatkan kes itu antara yang paling menjijikkan pernah didengarnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2019 @ 4:30 AM