Iskandar Shah Mohamed
am@hmetro.com.my


“SAKIT....Ya, ya, ya....”. Itu kata-kata sempat dijawab Mohd Nazril Hisham Omar, 46, rakyat Malaysia yang parah dalam kejadian tembakan rambang di Masjid Al-Noor, Christchurch, New Zealand, semalam.

Keadaan itu sekali gus melegakan hati isterinya, Prof Madya Dr Zurinawati Mohi, 48, yang menghubungi mangsa di Hospital Christchurch, kira-kira jam 6 pagi tadi.

Mohd Nazril yang cedera ditembak di belakang badan dan kaki itu kini dilaporkan stabil, namun masih dalam keadaan separuh sedar di hospital berkenaan.

Zurinawati yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam berkata, dia dihubungi rakannya di negara itu yang memaklumkan jururawat meminta supaya memberi kata semangat kepada suaminya.


KAGISO KGATLA. -Foto Mirror.co.uk

“Ketika menghubunginya, saya bertanyakan kepada suami ‘How are you’, ‘Are you ok’ dan ‘Do you remember me? Dia kemudian hanya menjawab dia jawab ya dan sakit.

“Jururawat yang bertugas juga memberitahu saya ‘he’s good, he’s with us’. Suami juga baru menjalani pembedahan pertama dan masih separuh sedar.

“Anak kedua kami, Muhammad Haqiem Daniel, 18, yang berada di hospital itu memberitahu bahawa suami perlu menjalani imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) sebelum menjalani pembedahan kedua.

“Menerusi panggilan video Muhammad Haqiem, saya melihat keadaan suami cedera di kedua-dua kaki dan belakang badan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Seksyen 8 di Shah Alam, hari ini.

Menurutnya, dia dan anak sulungnya, Muhammad Haiqal Daniel, 19, akan bertolak ke New Zealand menerusi penerbangan melalui Singapura hari ini.

“Jika segala urusan berjalan lancar, kami dijangka tiba di negara itu pagi esok,” katanya.

Kata Zurinawati, dia ketika ini hanya memikirkan keadaan suaminya dan hal untuk membawa pulang mangsa serta tiga anak mereka ke tanah air akan diputuskan kemudian.

“Pada waktu ini, Muhammad Haqiem menjaga bapanya di hospital itu, manakala dua adiknya, Muhammad Hazieq Daniel, 13, dan Muhammad Hazriq Daniel, 9, tinggal bersama rakan saya di negara berkenaan,” katanya.

Mohd Nazril menetap di Christchurch sejak Januari lalu dan bekerja di negara itu sambil menjaga tiga anaknya.

Berita berkaitan

Budak 3 tahun korban paling muda

Manifesto gila angkara masjid berdarah

Manifesto gila angkara masjid berdarah

Suspek pengganas di dakwa

Pengganas berfahaman Neo-Facism

Belum sampai ajal, remaja Malaysia lari 1.5km

Semua penuntut Malaysia selamat di Christchurch

Ibu Rahimi ke New Zealand esok

'Pasukan perisik Malaysia mantap - PM'

'Terkejut anak cedera'

'Suami saya cedera teruk'

Tembakan selepas azan pertama

"Meremang bulu roma saya"

[UPDATE] 49 sudah terbunuh

'Jangan kongsi video tembak'

'Saya hanya nak suami selamat'

[UPDATE] Tiada rakyat kita maut setakat ini

[UPDATE] 40 maut, lebih 20 cedera

Azmin kutuk kejadian tembakan rambang

Wajah pengganas

'Suami biasa solat di masjid itu'

[UPDATE] Seorang rakyat kita cedera

Periksa rakan dan ahli keluarga di Christchurch

Tembakan dalam masjid di New Zealand

Siar serangan secara langsung

Peluru lintas kepala

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mac 2019 @ 12:15 PM