GAMBAR hiasan
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

KANAK-KANAK perempuan dari Kampung Teluk Pial Baroh, Kuala Kurau di Parit Buntar dilaporkan maut akibat tertusuk pisau, hari ini.

Dalam kejadian tengah hari tadi, mangsa yang dikenali Nur Qaisarah Medina Sufian, 2, dilaporkan tertusuk pisau dibahagian perutnya sewaktu berada di rumahnya.

Mayat mangsa kini dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk di bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menurutnya kes berkenaan masih dalam siasatan.

Menurutnya pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada pegawai penyiasat berhubung kes berkenaan.

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Februari 2019 @ 5:29 PM