Hanneeyzah Bariah Baharin dan Zatul Iffah Zolkiply dan Zaid Salim
cnews@nstp.com.my


“DIA beri kami nyawa baharu,” kata Nurdiana Alwani Jaafar,33, dalam tangisan.

Nur Diana Alwani adalah antara lima mangsa yang diselamatkan Abdul Bari Asyraf Mohd,31, selepas kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, kelmarin.

Nurdiana Alwani yang ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu berkata, arwah seolah-olah mahu menyelamatkan mereka sekeluarga apabila bertanya jumlah mangsa yang tinggal.

Katanya, selepas menyelamatkan dia bersama anak dan ibu tiri, arwah Abdul Bari Asyraf ada bertanya berapa ramai lagi mangsa yang tinggal sebelum terjun semula ke sungai.

“Arwah seolah-olah mahu menyelamatkan kami sekeluarga tanpa memikirkan dirinya walaupun dia kelihatan sangat letih.

“Seandainya dia masih hidup, saya mahu mengucapkan terima kasih kepadanya kerana menyelamatkan kami.

“Arwah beri kami nyawa baharu. Saya memang perasan yang arwah adalah orang pertama yang turun menyelamatkan kami sejurus kejadian itu,” katanya.

Terdahulu, Nurdiana Alwani turut meminta maaf kepada ibu kepada Abdul Bari Asyraf, Masitah Awang, 60, di atas kehilangan anaknya ketika menyelamatkan mereka sekeluarga.

“Saya minta maaf kepada keluarga arwah kerana mereka kehilangannya ketika menyelamatkan kami.

“Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa arwah kepada kami, ” katanya.

Sementara itu, Masitah berkata, dia tidak menyimpan rasa marah terhadap keluarga berkenaan kerana menganggap kejadian itu sudah menjadi ketentuan Ilahi.

“Mak cik tidak marah. Semua itu sudah ketentuan dan mak cik reda dengan pemergian arwah dengan cara seperti itu,” katanya

Ketika ini, tiga daripada lima mangsa iaitu Suryati Rusly, 37; Asmaa Rusly, 23, dan Iman Nur Hana Luthfia Muhamad Amiruddin,3, masih dirawat di HSNZ dan dilaporkan stabil, manakala Syafawani Syazwani Jaafar, 11, sudah dibenarkan pulang petang semalam

Sementara, Nurdiana sendiri dibenarkan keluar pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, lima sekeluarga nyaris lemas selepas pacuan empat roda Mitsubishi Storm dinaiki meluncur sebelum terjunam ke muara sungai.

Berita berkaitan

'Ini janji Allah...'

Alhamdulillah... - Bapa Abdul Bari

Mayat Abdul Bari ditemui [METROTV]

Dua anjing pengesan tiba hari ini

'Kecanggihan ROV diharap kesan Abdul Bari'

'Kami sayang kamu Abdul Bari'

'Ya Allah, permudahkan pencarian Abdul Bari...'

'Rasa nak habis nafas dah...'

'VRS 2000 apungkan Mitsubishi Storm'

'`YANG aku takut jika ajal yang tibe dulu...... ''

''Saya reda dan bangga' - Bapa Abdul Bari'

'Dia tenggelam timbul pegang budak'

PPDA cari Abdul Bari pagi ini

Nekad terjun sungai selamatkan mangsa [METROTV]

'Hilang ketika selamatkan pikap terjunam ke sungai'

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Februari 2019 @ 12:24 PM
Nordiana bertemu dengan ibu kepada Abdul Bari Asyraf Mohd, Masitah. FOTO Ghazali Kori