Harian Metro

BENCANA tiga serangkai tsunami, gempa bumi dan pencairan tanah atau liquifaksi melanda daerah Palu, Sigi serta Donggala di Sulawesi Tengah, Indonesia pada 28 September lalu tercatat sebagai bencana alam terburuk tahun ini.

Harian Metro turut mengambil risiko menghantar empat petugas ke lokasi malapetaka itu bagi memastikan wadah disampaikan kepada pembaca diolah berdasarkan pengalaman wartawan.

Dilaporkan bencana ketika azan Maghrib dimulai gempa bumi 7.4 magnitud itu mengorbankan lebih 2,000 orang, 2,500 parah, 5,000 mangsa dilaporkan hilang dan 65,000 rumah musnah.

Sebelum itu, Indonesia turut ‘menangis’ apabila Pulau Seribu Masjid iaitu gelaran untuk Lombok digegarkan gempa berskala 6.4 magnitud berlaku jam 5.47 pagi pada 28 Julai lalu yang mengakibatkan 555 orang terkorban selain 390,529 hilang tempat tinggal.

Pembersihan etnik Rohingya oleh junta Myanmar sehingga memaksa etnik itu menjadi pelarian di negara lain terus didedahkan menerusi laporan wartawan di Jaipur, India.

Ternyata laluan hampir 15,000 pelarian itu sukar kerana mereka tinggal di atas timbunan sampah terbesar di negeri itu.

Akhbar ini juga tidak ketinggalan membuat liputan konflik tidak berkesudahan yang tercetus di Syria selain kesengsaraan pelarian negara itu di Turki dan Lubnan.

Konflik bersenjata di Yaman di antara kerajaan dan pemberontak Houthi hingga menyebabkan rakyat negara itu menderita termasuk kebuluran turut mendapat liputan wartawan Harian Metro, disiarkan sebagai pedoman dan iktibar buat pembaca. Berikut antara petikan artikel liputan berita di luar negara sepanjang 2018.

6 Ogos: Gempa bumi di Lombok, Indonesia

  • Wartawan: Salman Hamat
  • Lombok: “Ketika itu kami hanya fikir nyawa. Wang tunai, emas atau barangan berharga lain ditinggalkan dalam rumah kerana kami risau berlaku tsunami susulan gegaran kuat pada pagi 28 Julai lalu.

    “Sejurus terjaga akibat gegaran, saya terus capai anak dan keadaan makin panik apabila ada penduduk menjerit supaya kami semua lari ke tanah tinggi kerana kononnya ketika itu air (tsunami) sudah mulai naik,” kata Acip Isanum, 28, penduduk Dusun Telaga Banyak, Desa Anyar Kecamatan Bayan Lombok Utara.

  • Igauan 6.4 Richter[METROTV]
  • Panik Lombok bergegar lagi
  • Sempat berlindung bawah meja [METROTV]
  • Terbayang tsunami Aceh

  • 16 Ogos: Pelarian Rohingya di India

  • Wartawan: Yusmizal Dolah Aling
  • Jaipur: Ada berjalan kaki, ada menaiki bas dan ada yang menaiki kereta api meninggalkan kampung halaman
    sejauh lebih 23,000 kilometer yang dibakar tentera Myanmar.

    Itu nasib hampir 15,000 pelarian Rohingya sejak pembersihan etnik 10 tahun lalu menyebabkan mereka terpaksa merentasi Sungai Naf di Bangladesh, tiba di Kolkata sebelum meneruskan perjalanan selama sebulan ke Jaipur dan Jammu di India semata-mata untuk terus hidup biarpun terpaksa tinggal di kawasan pelupusan sampah.

  • Sengsara ke tempat selamat
  • 'Pulau sampah' padat pelarian
  • Doa agar Rohingya dapat pembelaan

  • 8 Oktober: Perkampungan Balaroa selepas gempa

  • Wartawan: Mohd Jamilul Anbia Md Denin
  • Palu: Tanah di perkampungan Balaroa terangkat setinggi lebih lima meter, diputar sebelum dihempas semula bersama ribuan rumah dan penghuni di dalamnya.

    Pekatan lumpur kemudian memancut keluar dari dalam tanah sebelum kebakaran besar berlaku dan memusnahkan sebahagian kampung yang memiliki 1,747 rumah.

  • Berteduh dalam lori [METROTV]
  • Jemaah hanyut
  • Hilang isteri, rumah lenyap
  • Mayat ibu, bayi berpelukan [METROTV]
  • Terkubur dalam lumpur hitam [METROTV]
  • 'Hotel hantu'
  • Tanah terangkat lima meter [METROTV]
  • Tangan putus ditimpa dinding [METROTV]
  • Fikiran celaru [METROTV]
  • 1,000 pelarian berkampung di lapangan terbang [METROTV]
  • Air mata Ibu Miria

  • 9 Oktober: Mangsa berebut ‘kais’ sisa bencana

  • Wartawan: Amir Abd Hamid
  • Palu: Bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda
    Sulawesi Tengah, Indonesia menyebabkan Kota Palu menjadi seolah-olah tempat timbunan sampah besar.

    Terdesak untuk mendapatkan barang menyebabkan sebahagian masyarakatnya yang menjadi mangsa badai itu tidak segan mencari apa saja boleh digunakan di sebalik celah sampah dan runtuhan.

  • Berebut 'kais' sisa bencana [METROTV]
  • Bantuan tiada batasan [METROTV]
  • Pulih trauma anak kecil [METROTV]
  • Sugul fikir masa depan [METROTV]
  • Pulih trauma anak kecil [METROTV]
  • 'Rezeki saya di Kota Palu' [METROTV]

  • 9 November: Gempa bumi, tsunami serta pencairan tanah di Sulawesi, Indonesia

  • Wartawan: Tuan Asri Tuan Hussein
  • Palu: “Ia bencana alam yang sangat ‘lengkap.’ Pertama, berlaku gempa bumi yang meruntuhkan dan merosakkan bangunan. Kemudian berlaku tsunami yang memusnahkan 13 kampung di pesisir pantai Palu.

    “Seterusnya berlaku pula liquifaksi (kecairan tanah). Ia mungkin yang pertama kali berlaku di dunia dan sangat luar biasa,” kata Walikota atau Datuk Bandar Palu Drs Hidayat.

  • Bencana serba 'lengkap' [METROTV]

  • 10 November: Bahana ‘tsunami tanah’

  • Wartawan: Mohd Aizuddin Akmal Saad
  • Palu: Selepas sebulan berlalu masih jelas kelihatan trauma dialami oleh penduduk sejak bencana gempa bumi
    berkekuatan 7.4 magnitud dan tsunami setinggi 10 meter melanda Palu dan daerah sekitarnya di Sulawesi Tengah pada 28 September lalu.

    Namun, trauma bencana yang paling sukar dilupakan mereka apabila sebahagian besar penempatan musnah ditelan bumi berpunca daripada ‘likuifaksi’ atau pencairan tanah.

  • Jasa sembilan anak muda Malaysia dihargai [METROTV]

  • 12 Disember: Peperangan di Yaman

  • Wartawan: Mohd Aizuddin Akmal Saad
  • Ma’rib: “Sokong kami atau segala-galanya dirampas,” itulah amaran pemberontak Houthi, masih menjadi igauan seorang pelarian perang, Imtisar Muhammad, 40 ketika ditemui di kem pelarian perang Al-Mill di pinggir bandar Ma’rib.

    Imtisar berkata, kejadian itu berlaku enam bulan lalu ketika sekumpulan pemberontak Houthi menceroboh kediamannya di bandar Sana’a, untuk memburu puak penyokong kerajaan Yaman.

  • Sukar dapat bekalan makanan
  • Sengsara kekurangan zat [METROTV]
  • Pemberontak ceroboh rumah bagi kata dua

  • 12 Disember: Konflik bersenjata di Syria

  • Wartawan: Mohd Azam Shah Yaacob
  • Qabasin: “Kami di sini bukan membalas dendam, sebaliknya kami berjuang untuk melindungi penduduk. Jika kami terkorban, doakan kami mati syahid,” kata Bilal Ibrahim, 24, ketika ditemui wartawan di Kem Zamkaa.

    Pemuda itu menyertai pasukan pejuang bersenjata tempatan bagi mengekang keganasan dilakukan pemberontak Kurdis, Daish dan juga tentera Bashar Al Assad.

  • Tinggal mati, lari pun mati... [METROTV]
  • Pemilik kilang jadi papa kedana [METROTV]
  • Igauan Du'ana
  • Detik cemas saat dibedil [METROTV]
  • Lebih rela dijemput ilahi
  • Ayah tersungkur depan mata
  • 12 hari keinsafan
  • Daish kejam, Bashar zalim
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Disember 2018 @ 7:48 PM