Fasha bersama bekas suami, RA dan dua anaknya. FOTO Instagram Fasha Sandha
Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my


PELAKON Fasha Sandha menyifatkan perceraiannya dengan bekas suami Rizal Ashram Ramli atau Jejai bukan alasan untuk mereka saling membenci sesama sendiri.

Fasha, 34, sebaliknya lebih suka menjalin hubungan baik bersama bekas suaminya dan lakukan yang terbaik demi cahaya mata hasil perkongsian hidup mereka.

“Perceraian tidak bermaksud kita harus membenci. Lakukan yang terbaik demi anak-anak kecil yang tidak berdosa, agar anak-anak membesar dalam suasana penuh kasih sayang.

“Walau apa jua kisah di sebalik perceraian sesebuah rumah tangga, biarlah hanya untuk pengetahuan orang dewasa.

“Anak-anak tidak sepatutnya tahu mengenai permasalahan orang dewasa kerana minda mereka tidak berupaya untuk memikirkan mengenai masalah,” kongsinya di Instagram.

Fasha terdahulu berkongsi beberapa fotonya menghadiri konsert sekolah dua cahaya matanya, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima di media sosial itu, hari ini.

Pelakon berkenaan mendirikan rumah tangga pada 2012 namun bercerai pada 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Disember 2018 @ 2:31 PM