Luqman Arif Abdul Karim
cnews@nstp.com.my


KERAJAAN bercadang memperkenalkan duti eksais terhadap dua kategori minuman bergula yang dikilangkan dalam bentuk pembungkusan sedia diminum.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pelaksanaan duit pada kadar 40 sen setiap liter itu akan berkuat kuasa mulai 1 April tahun depan.

“Dua kategori terbabit ialah air minuman mengandungi gula tambahan atau bahan pemanis lain yang bergula melebihi lima gram setiap 100 mililiter.

“Kedua, jus buah-buahan dan sayuran yang mengandungi gula melebihi 12 gram setiap 100 mililiter,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ di Dewan Rakyat, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 November 2018 @ 5:27 PM
FOTO Hiasan