Wartawan NSTP

ISTERI bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di bangunan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, pada jam 9.50 pagi ini selepas dipanggil badan siasatan rasuah itu bagi membantu siasatan lebih pertuduhan kes pengubahan wang haram, hari ini.

Beliau dilihat masuk ke perkarangan Ibu Pejabat SPRM dengan menaiki sebuah kenderaan jenis PROTON Perdana berwarna gelap dengan diiringi dua dua kenderaan awam.


Rosmah tiba di perkarangan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya sebentar tadi.

Beliau yang memakai sepasang baju kurung berwarna hijau berbunga emas dan tudung hijau kemudian masuk ke lobi ibu pejabat SPRM dengan diiringi beberapa kakitangan SPRM.

Rosmah dipanggil selepas menerima notis untuk memerintah kehadiran ke ibu pejabat SPRM di kediamannya di Jalan Langgak Duta, di Kuala Lumpur, petang semalam.

Menurut sumber, tindakan memanggil beliau itu adalah bagi membolehkan siasatan selanjutnya berhubung lebih 20 pertuduhan jenayah yang kebanyakannya membabitkan kes pengubahan wang haram.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 September 2018 @ 10:08 AM