KENDERAAN membawa Najib keluar dari Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, pagi ini dan difahamkan beliau akan dibawa ke Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman di Kuala Lumpur. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor.
Mohd Husni Mohd Noor
cnews@nstp.com.my


KENDERAAN membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, 8.55 pagi hari ini.

Najib dibawa keluar dengan menaiki kenderaan Toyota Alphard.

Difahamkan, Najib dibawa ke Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di Menara 238 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur untuk diambil keterangan.

Ia bagi membantu siasatan polis mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Bekas perdana menteri itu akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 petang ini untuk berdepan pertuduhan.

Najib ditahan pada 4.13 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM.

SPRM dalam kenyataan semalam memaklumkan, Najib ditahan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau.

Najib dijangka berdepan beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Berita berkaitan

'[UPDATE] Najib dihadapkan lagi ke mahkamah esok'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 September 2018 @ 9:13 AM