Mohd Husni Mohd Noor dan Noor Atiqah Sulaiman
cnews@nstp.com.my


BEKAS Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana mengalami sesak nafas, hari ini.

Sumber berkata, Musa terpaksa meninggalkan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya lebih awal petang hari ini kerana masalah kesihatan.

Menurutnya, beliau gagal meneruskan sesi soal siasat bersama SPRM sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 6.30 petang tadi, beliau (Musa) terpaksa dikejarkan ke IJN kerana mengalami sesak nafas.

“Pasukan siasatan SPRM belum menyelesaikan sesi mengambil keterangan daripada Musa kerana masalah kesihatan berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Musa dilihat meninggalkan Ibu Pejabat SPRM selepas lebih dua jam memberi keterangan kepada SPRM pada 2.10 petang.

Beliau meninggalkan Ibu Pejabat SPRM dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire berwarna kelabu.

Berita berkaitan

[UPDATE] Musa Aman selesai beri keterangan

Musa Aman tiba di SPRM [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 September 2018 @ 9:36 PM