Ashraf bersama anak-anaknya serta Wan Sakinah (tengah) dan Dayana. FOTO fail HM Digital/IG Ashraf Muslim
Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my


“SELAMAT datang ke dunia anakku,” kata pelakon Ashraf Muslim, 37, berkongsi khabar gembira apabila dikurniakan cahaya mata keempat.

Bayi perempuan seberat 3.07 kilogram itu dilahirkan jam 5.35 petang, semalam adalah anak ketiga daripada perkahwinan dengan isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 34.

Ashraf menerusi akaun Instagram meluahkan rasa syukur dan gembira apabila ahli keluarganya semakin bertambah.

“Terima kasih Allah untuk kurniaan tidak ternilai ini.

“Ayah, mama, ibu, Sarah, Adam, dan Anas semuanya teruja,” katanya.

Menurut Ashraf, dia berharap kehadiran cahaya mata ini akan membawa ukhwah serta mengeratkan hubungan mereka sekeluarga.

“Semoga menjadi anak yang solehah, srikandi yang hebat di mata Allah, sihat dan penyayang.

“Semoga kehadiranmu anakku membawa ukhwah kita sekeluarga bertambah erat. Amin,” katanya.

Menerusi perkahwinan pertama, Ashraf dan Dayana Lokman dikurniakan anak lelaki, Anas Ashraf kini berusia tiga tahun.

Bersama Sakinah, mereka dikurniakan dua zuriat iaitu Sarah Ashraf, 4, dan Adam Ashraf, 3.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 September 2018 @ 8:00 PM