Skuad Khas Harian Metro
am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Dari mata kasar, premis itu adalah kedai runcit yang berkongsi tingkat dengan kedai makanan tradisi Bangladesh namun hakikatnya ia adalah ‘farmasi’ menjual ubat-ubatan dari negara itu.

Meskipun ada klinik yang dikendalikan rakyat tempatan dalam blok bangunan berdekatan selain beberapa hospital terkemuka di sekitar kawasan Jalan Tun Tan Siew Sin atau nama asalnya Jalan Silang namun peniaga Bangladesh di premis terbabit yang terkenal dengan jolokan ‘Dr Bangla’ dikesan membawa ubat-ubatan itu dari negara asalnya.


PELBAGAI ubat dijual di kedai warga Bangladesh. FOTO Zulfadhli Zulkifli.

Jika sebelum ini, banyak masyarakat Aceh, Indonesia menjual ubat dan jamu kini warga Bangladesh turut mengikut jejak sama.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai ‘Dr Bangla’ ini, wartawan Skuad Khas Harian Metro melakukan penyamaran lebih seminggu di Jalan Tun Tan Siew Sin dan Kotaraya mendapati rata-rata pengunjung asing ke kawasan itu lebih selesa dengan ‘doktor’ dari negara asal mereka itu.

Dapatkan berita penuh di akhbar Harian Metro hari ini

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Ogos 2018 @ 9:49 AM