GAMBAR hiasan
Zanariah Abd Mutalib
zanariah_mutalib@nstp.com.my


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kedah bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan dana khas Menteri Besar berjumlah RM30,000.

Lelaki bergelar Datuk berusia 60-an itu ditahan pada 4 petang hari ini, di pejabat SPRM Kedah ketika hadir memberi keterangan.

Sumber berkata, bekas ADUN berkenaan dipercayai memohon penggunaan dana itu pada Februari tahun lalu atas alasan bagi penganjuran sebuah program, namun tidak menggunakan wang itu untuk tujuan berkenaan apabila ia diluluskan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Difahamkan, suspek akan dibawa Mahkamah Majistret Alor Setar, esok untuk permohonan reman.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Ogos 2018 @ 9:49 PM