PENYELIA kerja pembersihan, Md. Shahzada Saju, 37, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, atas pertuduhan membunuh isterinya Sajeda-E Bulbul, awal bulan lalu. FOTO Saifullizan Tamadi
Murni Wan Omar
murni@nstp.com.my


WARGA Bangladesh, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, atas pertuduhan membunuh isterinya awal bulan lalu.

Md Shahzada Saju, 37, didakwa membunuh Sajeda-E Bulbul, 30, yang juga warga Bangladesh.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di bilik tidak bernombor, 98C Jalan Sultan Azlan Shah, dekat sini, pada 4.05 pagi, 3 Julai 2018 sehingga 3.16 pagi, 5 Julai lalu.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya K Vasugi, manakala tertuduh diwakili peguam Leonard Anselm Gomes.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Akhbar sebelum ini melaporkan bahawa polis menemui mayat wanita yang dikerat enam bahagian di dalam dua beg di Jalan Ipoh.

Berita berkaitan:

Dua mayat ditemui dalam bagasi

[UPDATE] Kejam, mayat dikerat dalam dua bagasi

[UPDATE] Sah mayat wanita dikerat enam [METROTV]

Suspek wanita dikerat enam dikenal pasti

[UPDATE] Wanita dikerat pakai loket kalimah Allah

'Wanita dikerat enam warga Bangladesh'

[UPDATE] Suspek bunuh, kerat mayat wanita direman

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Ogos 2018 @ 4:56 PM