Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Kakak, mari dekat ustaz. Ustaz nak cerita, kita semua adalah saudara tak kira agama apa. Kita semua hamba Allah SWT.”

Itu permulaan tazkirah pendakwah Ebit Lew yang menarik minat gelandangan di Lorong Tuanku Abdul Rahman 12, di sini, tengah malam kelmarin untuk mendengar perkongsian mengenai Islam.

Sejak beberapa tahun lalu, Ebit memang dikenali dengan konsep dakwah yang menyantuni mereka di jalanan, memberi pengisian mengenai kehidupan dan mengedarkan pek makanan kepada golongan terbabit.


USTAZ Ebit mendekati gelandangan dengan mengadakan tazkirah agama dan sumbangan kepada mereka di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. FOTO Zulfadhli Zulkifli.

Setiap hari, dia memenuhi semua undangan untuk mengajak orang ramai mendekati agama dengan penuh kasih sayang termasuk gelandangan, pondan dan kutu rayau sebagai tanggungjawab kepada Allah.

“Saya terfikir apa lagi yang perlu dibuat. Mereka juga perlu dibimbing walaupun hanya berada di jalanan. Mereka juga ada hak dan wajib disantuni.

Dapatkan berita penuh di akhbar Harian Metro hari ini

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Julai 2018 @ 10:01 AM