Fazrik Kamarudin
cnews@nstp.com.my


EMPAT maut, seorang parah dan tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer 446, Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran persimpangan Rawang, tengah hari ini.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, enam kenderaan yang terbabit adalah lima kereta dan sebuah treler.


KEADAAN Perodua Alza yang dirempuh treler di Kilometer 446, Lebuhraya PLUS arah utara dekat persimpangan Rawang Selatan, tengah hari ini. FOTO ihsan pembaca.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Alimaddia Bukri, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.02 tengah hari.

“Anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Rawang dan BBP Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa yang meninggal dunia adalah dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki yang menaiki kereta Perodua Alza serta seorang lelaki yang menaiki kereta Toyota Vellfire.

“Sementara kanak-kanak lelaki penumpang Toyota Vellfire parah manakala pemandu treler cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Alimaddia berkata, dua lagi mangsa yang cedera ringan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Julai 2018 @ 2:15 PM
KEADAAN kereta BMW dalam kemalangan di Kilometer 446, Lebuhraya PLUS arah utara dekat persimpangan Rawang Selatan, tengah hari ini. FOTO ihsan pembaca.