PEMAIN Sepanyol meraikan jaringan penyamaan Aspas. -Foto EPA
Reuters

KALININGRAD: Sepanyol diikat 2-2 dengan Maghribi sekali gus mara ke pusingan 16 terbaik Piala dunia dan menduduki tangga teratas Kumpulan B berdasarkan kelebihan gol berbanding Portugal.

Penyerang Maghribi, Khalid Boutaib pada awalnya mendahului sebelum Isco menyamakan kedudukan, berterima kasih kepada hantaran dilakukan Andres Iniesta.

Maghribi yang sudah pun tersingkir, sekali lagi meledak jaringan pada minit ke-81 menerusi tandukan pemain gantian, Youssef En-Nesyri seterusnya memberi bayangan kepada kekalahan pertama Sepanyol sejak Euro 2016.

Namun pemain gantian, Iago Aspas menyamakan kedudukan pada masa tambahan selepas melihat kembali sistem video bantuan pengadil (VAR).

Keputusan itu meletakkan Sepanyol di kedudukan teratas kumpulan manakala Portugal turut diikat 1-1 oleh Iran. 

Sepanyol dijadual bertemu Russia pada pusingan 16 terbaik nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Jun 2018 @ 4:40 AM