Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my

MENJELANG hari raya, balik kampung bertemu keluarga adalah saat menggembirakan yang paling dinanti. Bagi pasangan yang baru dikurniakan cahaya mata, inilah waktunya untuk mereka memperkenalkan si manja kepada sanak-saudara. Untuk itu, banyak persiapan perlu dilakukan lebih awal.

Selain baju raya, stokin dan kasut bayi, jangan lupa untuk menyediakan kelengkapan asas mengikut keperluan sepanjang perjalanan dan di kampung nanti. Mungkin ramai ibu bapa baru begitu teruja untuk pulang ke kampung hinggakan terlupa pada beberapa aspek penting yang perlu diambil perhatian sepanjang perjalanan nanti.

Dalam kebanyakan situasi, ibu bapa percaya si manja akan tenang menikmati perjalanan panjang dengan adanya kerusi bayi yang empuk. Usah terlalu yakin dengan perasaan sendiri. Sebaiknya, pertimbangkan rasa tidak selesa yang mungkin terjadi pada bayi berikutan faktor pemanduan di jalan yang kurang baik, kesesakan trafik serta perubahan cuaca.

Ini semua penting demi perjalanan yang lebih lancar dan tenang. Tambahan pula bayi memang mudah meragam sekiranya berasa tidak selesa dengan persekitaran baru, selain penat berada dalam perjalanan yang panjang atau terlalu lama.

Dapatkan semua kelengkapan asas bayi daripada Tesco Malaysia. Menawarkan pilihan terbaik untuk melengkapkan keperluan di rumah dan sepanjang perjalanan balik kampung, anda boleh mendapatkan lampin pakai buang, tisu basah, bedak, syampu dan mandian menerusi segmen Tesco Loves Baby.

Sesetengah daripada kita mungkin cerewet dalam memilih tisu basah untuk bayi, namun Tesco Loves Baby menyediakan pilihan bersesuaian, sepadan dengan kehendak ibu bapa. Terdapat tisu basah bebas wangian (Fresh Fragrance Free Baby Wipes), diperkaya dengan pelembap (Moisturising Baby Wipes), jenis lembut (Gentle Baby Wipes) dan ekstra lembut untuk bayi (Ultra Soft Baby Wipes).

Begitu juga dengan syampu dan mandian. Anda mungkin memerlukan produk berasingan yang lengkap dengan pelembap dan fungsi tertentu atau memilih jenis yang boleh dipakai dari kepala hingga ke kaki.

Jangan lupa membawa pulang cecair pencuci Concentrated Anti-Bacterial untuk memudahkan kerja membersih pakaian bayi serta cecair cucian khusus untuk botol serta kelengkapan menyusu. Yakin bayi anda dirawat baik dengan Tesco Loves Baby.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Jun 2018 @ 3:52 PM