ROSMAH keluar dari ibu pejabat SPRM. FOTO Sairien Nafis
Wartawan NSTP
cnews@nstp.com.my


ISTERI bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor meninggalkan Ibu Pejabat Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, jam 3.45 petang tadi.

Ia selepas kira-kira tiga jam beliau memberi keterangan dalam siasatan SPRM berhubung kes SRC International.

Peguam mewakili Rosmah, Datuk K Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent berkata, SPRM sudah selesai merakam keterangan anak guamnya.

“Datin Seri Rosmah memberi kerjasama penuh sepanjang proses itu dan menerima layan yang baik daripada kakitangan SPRM.

“Proses selama tiga jam berjalan lancar. Anak guam kami akan memberi kerjasama lanjut kepada SPRM jika diperlukan untuk berbuat demikian,” katanya.


ROSMAH keluar dari ibu pejabat SPRM. FOTO Sairien Nafis

Terdahulu, Rosmah Mansor tiba di Ibu Pejabat SPRM pada jam 10.43 pagi.

Beliau yang mengenakan baju kurung berwarna biru dan berselendang merah turut ditemani anak perempuannya Nooryana Najwa dan suami Daniyar Kessibayev.

Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak hadir dua kali ke sini iaitu pada 22 dan 24 Mei lalu bagi memberi keterangan berhubung kes sama.

Tinjauan NSTP mendapati, lebih 100 pengamal media tempatan dan asing mula berkumpul di Ibu Pejabat SPRM sejak 8 pagi bagi mengikuti perkembangan terkini berhubung siasatan berkaitan SRC International itu.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Berita berkaitan

[UPDATE] Sudah tiga jam beri keterangan

Rosmah hadir di ibu pejabat SPRM [METROTV]

1MDB: Rosmah perlu hadir ke SPRM esok

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Jun 2018 @ 4:18 PM