Ifwan Tun Tuah
ifwan@nstp.com.my


PENUNTUT kolej yang dipercayai membunuh bekas teman wanitanya, Nur Alya Damia Hairi, 19, di Taman PD Permata di Port Dickson, malam Khamis lalu, disambung reman sehingga 7 Jun depan.

Majistret Siti Khairiah Abdul Razak membenarkan permohonan dikemukakan pegawai penyiasat kes itu bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, lelaki berusia 19 tahun itu yang memakai pakaian lokap berwarna jingga, tiba di Mahkamah Majistret di Port Dickson, menaiki van polis pada jam 9.10 pagi.

Akhbar sebelum ini melaporkan, dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mayat Nur Alya yang juga penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD), ditemui seorang penduduk di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, di sini, sebelum dia menghubungi polis.

Berita berkaitan

[UPDATE] Hanya kerana vape...

[UPDATE] 'Sayu lihat baju kurung Kak Long'

[UPDATE] Datuk sukar terima kehilangan Nur Alya

[UPDATE] Jenazah Nur Alya dikebumikan [METROTV]

‘[UPDATE] Suspek bunuh Nur Alya direman

‘Kak Long sepatutnya balik petang ni’ [METROTV]

Bekas kekasih Nur Alya ditahan

'Kami menjerit, Allahuakbar.... '

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mei 2018 @ 11:39 AM
SUSPEK dibawa ke mahkamah. FOTO Iqmal Haqim Rosman