HM Digital

Pengakuan bersalah bekas peserta Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9), Mohamad Azri Abdullah, 31, atau Azri membabitkan pertuduhan mendera anak perempuan tirinya, Putri Nurul Huda,11, dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas, dua tahun lalu mengubah 180 darjah kehidupannya.

Azri yang dikenakan hukuman penjara 14 hari dan didenda RM5,000 menyifatkan itu sebagai ujian buat dirinya.

Jika sebelum ini segalanya indah-indah belaka, di dalam penjara pula adalah sebaliknya.

Hilang selera makan, tidur tak lena dengan berbantalkan lengan dan berlapik simen, semua itu tidak pernah dibayangkan.

Apa yang pasti, hukuman itu adalah pengalaman dan pengajaran paling berharga sepanjang hidupnya. Tidak ada sesiapa menginginkan untuk berada di sebalik tirai besi itu, malah jauh sekali memegang gelaran bekas banduan.

Dapatkan berita penuh di akhbar Metro Ahad hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Mei 2018 @ 3:35 AM
MOHAMAD AZRI ABDULLAH