(DARI kiri) Elvira, Azee, AJ dan Alina berjaya melangkah ke pentas akhir Mentor Otai, malam tadi. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my


EMPAT protege program Mentor Otai iaitu Elvira, Azee, AJ dan Alina diumumkan layak ke pentas akhir Mentor Otai yang akan berlangsung pada 29 April depan.

Mereka masing-masing adalah protege kepada mentor Misha Omar, Zarul Husin, Tam Spider dan Siti Sarah yang menyampaikan dua lagu membabitkan persembahan solo dan duet bersama mentor masing-masing.

Elvira atau nama sebenarnya Elvira Carrie Olga Arul menyampaikan lagu solo Matahari, dan Fantasia Bulan Madu berduet bersama mentornya.

Azee atau nama sebenarnya Aznie Ariffin pula menyampaikan lagu Ku Ke Udara Lagi serta Seiring dan Sejalan, duet bersama mentornya.

Sementara itu, AJ tampil bertenaga menerusi lagu solo, Tiada Lagi Kidungmu dan lagu duet, Malam bersama mentornya.

Protege keempat, Alina atau nama sebenarnya Alina Hassan muncul mempersembahkan lagu Sembilu secara solo dan I Have Nothing secara duet bersama mentornya.

Bagaimanapun, Lokman yang juga protege kepada Zarul Husin terpaksa menamatkan perjalanan dalam program Mentor Otai itu.

Mentor Otai disiarkan secara langsung di TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam dan diacarakan oleh Haziq Hussni dan Elly Mazlein.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 April 2018 @ 12:07 AM