PONDAN yang ditahan kerana samun seorang lelaki di sebuah hotel murah di Jalan Penang, malam kelmarin. FOTO Ihsan PDRM
Hadzlihady Hassan
hadzlihady@nstp.com.my


LELAKI menjadi mangsa samun selepas mendapatkan khidmat seks seorang pondan di hotel murah, di Jalan Penang, Georgetown, malam kelmarin.

Kejadian 9 malam itu membuatkan mangsa berusia 30 tahun melaporkan kejadian terbabit kepada polis.

Difahamkan, mangsa pada mulanya menyangka suspek adalah wanita selepas berkenalan dan melihat gambar di WeChat, namun sebaik bertemu di hotel berkenaan, mangsa kecewa apabila mengetahui suspek sebenarnya adalah pondan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, susulan daripada itu, polis menahan suspek berusia 18 tahun yang juga pekerja di salun.

“Walaupun kecewa, mangsa dan suspek tetap melakukan seks oral.

“Selepas selesai, mangsa memberikannya RM10. Bagaimanapun, suspek tidak berpuashati dan terus merampas dompet mangsa serta mengambil wang berjumlah RM200,” katanya.

Menurutnya, suspek meminta lagi RM50, namun mangsa mendakwa dia sudah tidak mempunyai wang.

“Suspek memberitahu mahu memanggil rakan-rakannya yang lain dan mengugut akan memberi masalah kepada mangsa sebelum dia beredar.

“Berikutan itu, mangsa yang bimbang dengan keselamatan diri membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit,” katanya.

Anuar berkata, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 April 2018 @ 5:26 PM